Pages

Thursday, 27 October 2011

Apakah itu program Pemulihan Khas?

PROGRAM PEMULIHAN KHAS
Pendidikan di peringkat rendah merupakan pendidikan yang bertujuan  untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Oleh itu, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip "menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah.
    Perbezaan minat, pengalaman,bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan ada murid yang lebih lambat  menguasai sesuatu kemahiran berbanding murid lain.Sekiranya mereka tidak mengikuti program pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbantut.Justeru, melalui program pemulihan khas keperluan-keperluan murid yang berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

Sunday, 16 October 2011

Selamat Datang Ke Blog Kamar Ilmu

Nama   :Punithavathy A/P Marimuthu
Kursus : Teknologi Maklumat Untuk Sekolah Rendah
No Matrik:D20102043890